Sunday 27 February 2011

Muqaddimah Bicara Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, akhirnya terhasil juga blog yang bakal memuatkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berlandaskan syariah Islam.

Blog ini dihasilkan sebagai salah satu medan untuk kami memperkenalkan produk-produk kami. Siapa kami? Kami pelajar tahun 2 Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Sains Islam Malaysia. Saya, Ain Zakiah dan sahabat-sahabat saya iaitu Noorhashidah, Siti Sabariah, Nur Nazihah, Norazmira dan Noor Syahira, kami bakal menyediakan anda produk-produk yang menarik dan berkualiti. Nantikan..